Blogger Widgets

Website Eizzack Multimedia Dah Siap !


Hah ! Dah lama tak menjengah blog ni. Busy ? ? X de la busy mane pun. Cuma tak tahu nak tulis apa ... Tapi hari ni Eizzack nak bagitahu tentang WEBSITE EIZZACK MULTIMEDIA yang dah siap sepenuhnya... ALHAMDULILLAH :: Kalau korang sudi nak tengok korang boleh la klik http://adf.ly/IefEy dan selepas 5 saat korang kena klik kat sebelah kanan atas. Kalau  yang dah biasa download2 cerita kat internet mesti biasa guna benda nie. So Eizzack harap korang klik taw... and kalaw nak try pon boley.

.:: Jika Anda Suka Post Ini Jangan Lupa Klik "LIKE" ::.

Masuk paper lagi ! ! !



Alhamdulillah gambar den masuk paper layi :: syukur sgt msuk SISPA USIM nie ::. jgn jeles ye....sem 1 dh masuk UTUSAN (gotong royong tasik FEM, pesta Convo 2011)...sem1 jgk msuk BERITA NASIONAL (kawad lalu, perhimpunan sispa 2011), sem2 je mnyepi...manakala sem3 terus membara.....dgn skali 2 paper yg kuarkan... thnx KOSMO, METRO, TV1....x lpe jgk SISPA USIM.....walaupun tiada kene mngena pihak media dgn SISPA USIM.
_________________________________
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

.:: Jika Anda Suka Post Ini Jangan Lupa Klik "LIKE" ::.

MAGHFIRATULLAH yang SUNGGUH >>



Lama rasenye tak menulis blog ni. Al-maklum la busy la katakan. Dengan study week, final exam, language support program la dengan latihan pusat di PERTAHANAN AWAM N.9, Pertandingan KOR SISPA @ UMT, Terengganu. La nie baru dapat nak menulis balik. 

Nie pun nak kongsikan sedikit tentang RAMADHAN :.  

La nie dah masuk FASA KEDUA dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat iaitu Fasa MAGHFIRAH. Apa yang anda faham tentang maghfirah > ? Dari segi bahsanya ialah KEAMPUNAN. Walaupun Allah yang menjemput kita hadir ke bulan Mulia ini, Allah juga mengammpunkan segala dosa2 kita yang telah lalu. Tapi dengan syarat la. Kita mesti la berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan dengan janji2 Allah (Ihtisab) 
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من صام رمضان 
إيمانا واحتسابا ، غُفر له ما تقدم من ذنبه
  رواه الشيخان
Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)


Oleh itu, sebagai seorang Hamba Allah kita hendaklah selalu memohon KEAMPUNAN kerana keampunan Allah itu sangat luas seperti luas nya lautan yang tidak bertepi langit yang terbentang tanpa penghujung. Dibulan yang penuh dengan kemuliaan ini sama2lah kita bermuhasabah balik apa yang kita telah lakukan. 

Firman Allah dalam Surah Al-Mulk :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا

Allah melihat AHSANU AMALA iaitu amalan yang terbaik KUALITINYA bukan KUANTITINYA.

Bulan2 Ramadhan nie teringat pulak dengan suasana sekolah di Ma'ahad/Sek. Men. Hafiz, Klang/Sg. Pinang. Lebih2 lagi baru2 ni keluar dalam dokumentari KALAMULLAH di KACA TV.

.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

.:: Jika Anda Suka Post Ini Jangan Lupa Klik "LIKE" ::.

Syaaban Oh Syaaban ::. Ape fadhilatMu ??



Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

.:: Jika Anda Suka Post Ini Jangan Lupa Klik "LIKE" ::.

Segment : Team Follow Back by AmerCorner




Jom JOIN this contest

klik banner dan join sebelum 30 jun 2012 !

bilangan follower sekarang : 73 followers

jom join !

>> "Kalaw ade mase Eizzack akan follow back korg nye link k...... thnx....n DOAKAN Eizzack berjaya dalam FINAL EXAM SEM II 2011/2012 start 11 JUNE nie :: sme2 la kita berdoa utk kejayaan kita bersama di dunia & AKHIRAT " <<

.:: Jika Anda Suka Post Ini Jangan Lupa Klik "LIKE" ::.